Menunggang Di Jalan Luar Bandar

Walaupun jarang berlaku kesesakan ketika menunggang di jalan luar bandar tetapi anda dilarang memecut laju kerana keadaan jalan raya di kawasan seperti ini biasanya sempit dan tidak mempunyai kemudahan lampu isyarat di persimpangan. Terdapat penduduk kampung yang menunggang basikal atau pejalan kaki yang melintas termasuk binatang ternakan yang berkeliaran di tepi-tepi jalan.