Petrol disimpan di dalam tangki yang terletak di bawah tempat duduk motosikal (bagi motosikal skuter dan underbone)dan dihadapan tempat duduk (bagi motosikal tertentu). Buka penutup yang terletak di atas tangki untuk mengisi petrol dan pastikan tangki sentiasa berkeadaan bersih. Penutup perlu ditutup rapat setiap kali selepas dibuka.
NILAI KESELAMATAN JALAN RAYA
Enjin motosikal anda tidak akan berfungsi sekiranya tidak mempunyai bekalan petrol yang mencukupi