CITO

Refresh Jika Video Tidak Tersedia
CITO merupakan satu konsep pemanduan selamat yang menjadi satu rutin wajib kepada seseorang pemandu yang cekap dan berhemah. Rutin ini perlu diterapkan daripada peringkat awal belajar memandu supaya apabila telah menjadi seorang pemandu kompeten kelak,rutin ini menjadi sebati dan dilakukan setiap masa. Rutin Selamat Memandu atau CITO adalah langkah-langkah yang perlu diamalkan sepanjang proses pemanduan sama ada untuk melepasi hazard atau melakukan olahgerak seperti mula bergerak memotong, membelok dan lain-lain. lanya bertujuan untuk mendapatkan maklumat bagi mengenalpasti hazard disekeliling sebelum melakukan sebarang olahgerak.Langkah-langkah yang perlu diambil adalah seperti berikut
CERMIN
Cermin pandang belakang dan sisi untuk mendapatkan maklumat di belakang dan sisi kenderaan.
ISYARAT
Isyarat yang sesuai untuk memberi maklumat dan niat kepada pengguna jalan raya yang lain
TITIK BUTA
Titik buta (blind spot) dengan menoleh kepala hingga ke paras bahu bagi memastikan hazard yang tidak dapat dilihat melalui cermin