Walaupun pemandu sentiasa mengamalkan peraturan 12 saat di sepanjang memandu, tetapi dalam keadaan yang tidak terduga pemandu akan menghadapi keadaan di mana secara tiba-tiba muncul kenderaan menuju ke arah kenderaan yang sedang dipandu. Apakah tindakan yang perlu dibuat? Seharusnya pemandu tidak perlu panik sekiranya sentiasa bersedia dan mengetahui 4 peraturan untuk mengelakkan kemalangan daripada hadapan.
1. Melihat jalan di hadapan
Dengan mengamalkan Peraturan 12 saat, bererti pemandu bukan sahaja melihat di sekeliling dan di sepanjang jalan melihat di sekeliling dan di sepanjang jalan di hadapan tetapi dalam masa yang sama juga dapat mengenal pasti tentang pergerakan dan
2. Pastikan sentiasa bergerak di atas jalan raya di lorong sebelah kiri
Dengan berbuat demikian pemandu seolah-olah memberi satu ruangan kepada kenderaan daripada hadapan yang mungkin memerlukan ruang pada ketika itu. Di samping itu juga pemandu dapat membuat pemerhatian yang lebih di kiri jalan dan boleh bertindak segera ke sebelah kiri dalam keadaan-keadaan yang mencemaskan
3. Mengurangkan kelajuan
Apabila seseorang pemandu melihat kenderaan daripada hadapan memasuki lorongnya, pemandu tersebut hendaklah terus mengurangkan kelajuan dan mengawal kenderaan. Pemandu juga adalah dinasihatkan supaya membunyikan hon atau menyalakan lampu sebagai amaran
4. Memandu keluar daripada jalan raya
Merupakan satu langkah yang bijak untuk mengelakkan berlakunya kemalangan daripada hadapan biar pun pemandu terpaksa berkorban sedikit demi kerana nyawa