Kawasan/ pandangan terlindung (blind spot) adalah dua kawasan di kiri dan kanan yang terlindung dari pandangan mata penunggang motosikal. Ia juga terselindung dari penglihatan dengan menggunakan cermin sisi
Penunggang perlu bertindak dengan berhati-hati sebelum membuat keputusan
1. Menukar lorong semasa menunggang
2. Ketika ingin memotong kenderaan lain
3. Ketika ingin memasuki persimpangan
Langkah keselamatan yang perlu dilakukan di kawasan/ pandangan terlindung adalah
1. Menoleh sedikit di sebelah kanan atau kiri sebelum membuat sebarang pergerakan
2. Menggunakan isyarat lampu (signal) sebelum bergerak.
3. Membunyikan hon sebelum bergerak