OLAH GERAK

Refresh Jika Video Tidak Tersedia
Melakukan sekurang-kurangnya tujuh (7) olah gerak bagi menjamin kelancaran semasa penunggangan dan untuk mengelakkan daripada sebarang kemalangan
1. Pergerakan ke dalam
Masuk mengikuti aliran lalu lintas. Olah gerak apabila seseorang penunggang dari bahu jalan masuk ke jalan raya, dari jalan susur masuk ke dalam, dari tempat meletak kenderaan masuk ke jalan raya, menukar lorong dan memasuki bulatan
2. Pergerakan ketika berada di atas jalan raya
Menunggang dengan selamat di atas laluan yang betul dan kedudukan yang baik.
Berada/bergerak di atas jalan raya, menunggang di selekoh tajam, menunggang di atas berbagai-bagai permukaan jalan,
berada di atas jalan raya yang rosak, berlubang dan minyak tumpah serta ketika kecemasan seperti kenderaan rosak dan kemalangan.
3. Pergerakan bersama aliran lalu lintas
Bergerak bersama dengan aliran lalu lintas bermaksud mengawal motosikal dengan selamat dan lancar dalam kedudukan yang betul dengan kenderaan lain. Olah gerak ini dilakukan semasa mengekori kenderaan lain, berada di hadapan kenderaan lain,bergerak bersaingan kenderaan lain dan hendaklah mengelakkan olah gerak yang boleh menghalang lalu lintas.
4. Pergerakan melintasi
Bergerak melintasi lalu lintas bermaksud motosikal melalui suatu jalan di mana kenderaan lain mungkin bergerak menyeberangi laluan seseorang pemandu. Olah gerak ini berlaku di semua persimpangan, lintasan pejalan kaki, lintasan keretapi dan di lalu lintas kawalan warden lalu lintas atau polis
5. Pergerakan ketika memotong dan dipotong
Bergerak semasa memotong bermaksud perjalanan dalam arah yang sama tetapi pada kelajuan yang berbeza serta mendahului kenderaan yang lain dengan selamat. Olah gerak ini juga sama semasa memotong dan ketika dipotong.
6. Pergerakan keluar
Bergerak keluar daripada aliran lalu lintas bermaksud melakukan satu olah gerak untuk berhenti atau meletak motosikal daripada aliran lalu lintas. Olah gerak ini termasuk meninggalkan lalu lintas dan susur keluar, keluar dari jalan raya dengan membelok ke kiri atau ke kanan untuk memberhentikan motosikal atau berhenti semasa kecemasan