PERATURAN JARAK

Refresh Jika Video Tidak Tersedia
Seorang pemandu memerlukan masa dan jarak yang mencukupi untuk memberhentikan kenderaan yang dipandu sekiranya kenderaan yang diekori di hadapan berhenti secara tiba-tiba. Semakin laju kenderaan dipandu, semakin jauh jarak berhenti yang diperlukan Terdapat beberapa peraturan yang telah diakui boleh menjamin jarak yang selamat apabila mengekori kenderaan di hadapan. Peraturan-peraturan yang dimaksudkan ini ialah
2 Saat
Sebaik sahaja kenderaan yang diekori melintasi satu tanda yang telah dipilih sebelumnya contohnya pokok, maka perkiraan hendaklah dimulakan dengan mengira satu ribu satu, satu ribu dua. Sekiranya kenderaan yang dipandu tiba sebelum pokok yang dijadikan penanda tadi, maka jarak mengekori adalah dianggap selamat

4 Saat
Kenderaan A mengekori kenderaan B dengan jarak tidak selamat dan terlalu rapat. Kenderaan B perlu mengira peraturan 4 saat untuk mendapatkan jarak yang selamat dengan kenderaan C
Kenderaan B mengekori rapat kederaan C. Kenderaan A menggunakan peraturan 4 saat untuk jarak yang selamat dibelakang kenderaan B