Olah Gerak

Pergerakan ke dalam
- Masuk mengikuti aliran lalu lintas.
- Bahu jalan masuk ke jalan raya,
- Susur masuk ke dalam,
- menukar lorong dan memasuki bulatan
Pergerakan ketika berada di jalan raya
- Pandu dengan selamat di kelajuan dan posisi yang betul.
- Kenderaan berada atau bergerak di jalan raya
- Memandu di selekoh tajam, memandu di atas pelbagai permukaan jalan
- Jalan Rosak, berlubang dan tumpahan minyak.
Pergerakan bersama-sama aliran lalu lintas
- Kawal kenderaan dengan selamat dan lancar
- Mengekori , Di hadapan Kenderaan Lain
- Bersaing dengan Kenderaan Lain.
Pergerakan berpusing balik
Memandu sesebuah kenderaan ke arah yang asal. Contoh olah gerak berpusing balik ini termasuk berundur semasa hendak meletak kenderaan, melakukan pusingan U dan melakukan pusingan tiga (3) penjuru
Pergerakan keluar
- Berhenti atau meletak kenderaan daripada aliran lalu lintas.
- Susur keluar, keluar daripada jalan raya
- Berhenti semasa kecemasan.
Nyalakan lampu isyarat kecemasan apabila berhenti di sisi jalan ataupun semasa kecemasan
Tahu arah
Sebelum tiba di simpang jalan, setiap pemandu hendaklah merancang dan menentukan arah perjalanan seterusnya memposisikan kenderaan. Pemandu dilarang menukar haluan secara tiba-tiba apabila sudah sampai di simpang jalan kerana amalan seperti ini akan mengganggu aliran lalu lintas. Sentiasa menjangka bahaya yang mungkin timbul di persimpangan. Amalkan rutin CITO sebelum bertindak.