PERANCANGAN PEMANDUAN

Refresh Jika Video Tidak Tersedia
Pemerhatian adalah proses paling penting dalam pemanduan. Tahap pemerhatian seseorang pemandu adalah berbeza-beza. Pemerhatian seorang pemandu yang baru tentunya tidak sama dengan pemerhatian seorang pemandu yang berpengalaman atau mahirPemerhatian yang baik merangkumi pemerhatian terhadap keadaan sekeliling dan juga dalam kenderaan sendiri. Pemerhatian dan melihat tidak sama kerana melihat tidak merangkumi proses mengesan (seperti mana pemerhatian). Proses pemerhatian Meliputi
- Melihat
- Menghidu
- Mendengar
Tahap pemerhatian pula dipengaruhi oleh tahap
- Penumpuan
Hazard
Mengenal Pasti Hazard
Elemen mendatangkan bahaya seperti sebuah kereta mendatangi pemandu pada lorong, selekoh tajam yang melindungi pemandangan arah laluan pemandu
Kebolehan mengenal pasti hazard dan situasi yang bahaya dan tindakan untuk mengatasi dan melepasinya. Kegagalan boleh menyebabkan kemalangan. Terdapat tiga (3) bentuk hazard di jalan raya
Fizikal
- Bengkang Bengkok
- Bulatan
- Simpang Siur
Permukaan Jalan
- Berlobang
- Berlopak
- Berair
Bergerak
- Pejalan Kaki
- Kenderaan Di Hadapan
- Kesesakan