BM
English
Audio
Pemanduan Pelbagai Keadaan
Brek Gagal Berpungsi
Pam Pedal beberapa kali jika brek menyentuh lantai. Tarik brek jika gagal .Tukar kepada gear rendah dengan menggunakan kuasa pemampatan enjin untuk memperlahankan kenderaan
Kenderaan Terbabas
Sekiranya bahagian belakang kenderaan terbabas, lepaskan pemecut dengan segera. Pusingkan stereng mengikut arah bahagian belakang yang terbabas itu. Kemudian luruskan arah stereng.
Pemecut Terlekat
Perlahankan kenderaan dan berhenti di tempat yang sesuai. Tarik brek tangan untuk memberhentikan kenderaan dan bebaskan gear. Seterusnya matikan enjin
Tayar pecah
Pegang stereng dengan erat untuk menstabilkan kenderaan. Kawal Stereng dengan berhati-hati dan brek perlahan-lahan.
Lampu hadapan kenderaan terpadam
Perlahankan kenderaan dan kawal kenderaan menggunakan cahaya kenderaan yang lain atau mengikut garisan putih di atas jalan. Nyalakan lampu isyarat kecemasan. Berhenti di kawasan yang selamat.
Kenderaan terbakar
Hentikan kenderaan dengan segera. Matikan enjin dengan alat pemadam api, Sekiranya api tidak dapat dikawal, tinggalkan kenderaan sebelum tangki minyaknya meletup. Hubungi pihak bomba.
Bonet Terbuka
Jika bonet terbuka semasa pemanduan, brek beransur-ansur. Turun ke bahu jalan. Lihat melalui tingkap untuk panduan memandu ke tempat selamat
Kenderaan Rosak
Beri isyarat dan Nyalakan lampu kecemasan. Letakan tanda amaran dalam jarak 50 meter di belakang kenderaan. Jangan halang lampu belakang kenderaan dengan berdiri atau melakukan kerja-kerja lain di belakang kenderaan. Buka bonet dan dapatkan bantuan
Cermin Hadapan Pecah
Perlahankan kenderaan dan berhenti di tempat yang selamat. Serpihan Kaca di letakan di atas kain. Pecahkan keseluruhan cermin hadapan. Pandu dengan berhati-hati ke bengkel berhampiran untuk menggantikan cermin tersebut dengan segera.
Utama
Kembali
>>
E-Book