KEDUDUKAN PERLANGGARAN

Refresh Jika Video Tidak Tersedia
Kemalangan jalan raya boleh berlaku, antaranya adalah disebabkan pelanggaran antara dua buah kenderaan. Faktor utama adalah kecuaian pemandu atau penunggang motosikal sendiri. Penunggang perlu mengenalpasti kedudukan-kedudukan yang boleh menyebabkan pelanggaran antara dua buah kenderaan. Enam (6) kedudukan yang dikenalpasti boleh menyebabkan berlakunya pelanggaran.
Pelanggaran dengan kenderaan di hadapan
Gagal aplikasi peraturan jarak mengekori dengan betul. Selalunya penunggang mengekori terlalu rapat.
Pelanggaran dengan kenderaan di belakang
- Tidak melihat cermin sisi sebelah kanan atau kiri
- Tidak mengamalkan peraturan jarak jika kenderaan di belakang mengekori terlalu hampir
- Tidak memberi isyarat lampu dalam masa yang mencukupi Isyarat
Tidak amalkan peraturan 3 saat sebelum mengubah haluan.
Pelanggaran ketika memotong
- Penunggang tidak bijak membuat keputusan, seperti perlukah memotong?
- Penunggang gagal mengamalkan peraturan memotong.Penunggang juga gagal melihat ke hadapan sekurang-kurangnya dalam jarak 100 meter ke hadapan atau 12 saat ke hadapan
- Penunggang gagal memeriksa kawasan 'blind spot' iaitu dengan menoleh ke kanan.
Pelanggaran dari sebelah tepi / di persimpangan jalan
- Tidak merancang perjalanan. Kurang pasti arah laluannya.
- Gagal beri isyarat dan gagal berkomunikasi dengan pengguna jalan raya yang lain keadaan menjadi kurang selamat
- Tidak menggunakan peraturan di persimpangan jalan
Pelanggaran dengan kenderaan dari arah hadapan
- Gagal melihat ke hadapan sekurang-kurangnya dalam jarak 12 saat ke hadapan atau 100 meter ke hadapan
- Tidak faham peraturan mengelak dari arah hadapan
- Tidak mahu mengalah iaitu bergerak ke kiri semula atau masuk ke lorong sebelah kiri.