PERATURAN MEMOTONG

Refresh Jika Video Tidak Tersedia
Seorang pemandu yang berhemah memerlukan kecekapan serta pandangan imbas yang wajar dan mestilah memahami dan mempelajari teknik-teknik memotong yang betul. Memotong adalah diperlukan dalam keadaan-keadaan yang berikut
- Apabila kenderaan di hadapan bergerak terlalu perlahan
- Apabila kenderaan di hadapan menukar haluan
- Apabila mengekori sesebuah kenderaan di hadapan yang mungkin boleh menyebabkan kemalangan
Sebelum memotong
- Pastikan jarak mengekori yang selamat.
- Periksa di hadapan (12 saat).
- Mengamalkan rutin CITO dengan memeriksa di bahagian belakang dan sisi bagi mendapatkan maklumat sebelum bergerak ke kanan.
- Tukarkan gear yang lebih rendah jika perlu bagi mendapatkan kuasa untuk memotong
- Bergerak ke kanan
- Jangan tergesa-gesa semasa menukar lorong
Bergerak apabila didapati selamat.
Semasa memotong
- Lajukan kenderaan untuk melepasi kenderaan yang dipotong supaya tidak menghalang lalu lintas daripada belakang
- Pastikan ruang selamat dengan kenderaan yang dipotong sekurang-kurangnya 1 meter (3 kaki)
- Gunakan hon atau lampu untuk berkomunikasi dengan kenderaan yang dipotong.
Selepas memotong
- Amalkan Rutin CITO
- Bergerak ke kiri
- Menyambung perjalanan dengan mengekalkan posisi serta kelajuan yang sesuai
Jangan tergesa-gesa semasa menukar lorong
Bergerak apabila dapat melihat bahagian hadapan kenderaan dipotong cermin sisi kiri