TALI PINGGANG KELEDAR

Refresh Jika Video Tidak Tersedia
1. Pemakaian tali pinggang keledar adalah untuk mengurangkan risiko kecederaan serius jika berlakunya kemalangan. la bertujuan untuk mengelakkan pemakainya daripada terhantuk atau tercampak keluar daripada kenderaan sekiranya berlaku hentaman yang kuat semasa kemalangan
2. la wajib dipraktikkan walaupun untuk sebarang perjalanan bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan undang-undang.
3. Cara memakai tali pinggang keledar dengan betul
- Tarik tali pinggang keledar daripada bahagian bahu dengan lembut ke arah pengancingnya
- Pasang tali pinggang keledar dengan menyelitkan Plet ke dalam pengancing sehingga kedengaran bunyi 'klik
- Untuk membuka tali pinggang keledar, tekan butang pelepas pengancing. Penyentap akan menarik kembali tali pinggang keledar. Pastikan tali tidak terpintal semasa ia tertarik ke keadaan asalnya.
AMARAN :
JANGAN UBAH SUAI TALI PINGGANG KELEDAR YANG ASAL