Sebelum memotong
- Jarak mengekori yang selamat.
- Periksa di hadapan (12 saat).
- Amal rutin CITO
- Tukarkan gear yang lebih rendah untuk memotong
- Bergerak ke kanan.
Jangan tergesa-gesa semasa menukar lorong.Bergerak apabila didapati selamat.
Semasa memotong
- Lajukan kenderaan untuk melepasi kenderaan yang dipotong
- Pastikan ruang selamat dengan kenderaan yang dipotong sekurang-kurangnya 1meter
- Hon atau lampu untuk berkomunikasi dengan kenderaan yang dipotong.
Selepas memotong
- Amalkan rutin CITO
- Bergerak ke kiri
- Jangan tergesa-gesa semasa menukar lorong
- Bergerak apabila dapat melihat bahagian hadapan kenderaan yang dipotong melalui cermin sisi kiri
- Menyambung perjalanan dengan mengekalkan posisi serta kelajuan yang sesuai