PERATURAN PERSIMPANGAN

Refresh Jika Video Tidak Tersedia
Kemalangan di persimpangan dapat dielakkan sekiranya setiap pengguna jalan raya mengetahui dan mengamalkan peraturan di persimpangan. Untuk menjadi seorang pemandu yang berhemah, setiap pemandu adalah dikehendaki mempelajari 4 asas di persimpangan:
Tahu Arah
- Tentukan Arah dan posisikan kenderaan
- Jangan Tukar Laluan di Persimpangan
- Menjangka Bahaya di Persimpangan
Perlahankan Kenderaan
- Pelahankan kenderaan apabila melintasi persimpangan
- Lepaskan pedal pemecut sepenuhnya, pijak pedal brek dan tambahkan tekanan sehingga kenderaan berhenti.
- Kekalkan tekanan bagi memastikan kenderaan berhenti dengan selamat dan juga supaya lampu brek terus menyala agar pemandu dibelakang dapat melihat kenderaan sedang diberhentikan.
Perlihat Hasrat Melalui Posisi dan Isyarat
- Tunjukan hasrat untuk bergerak dan tukar laluaan.
- Berada di lorong yang betul dan memberi isyarat lebih awal
Bergerak Dengan Berhati-hati
- Pastikan keadaan sekeliling sebelum bergerak
- Berada di lorong yang betul dan Beri Isyarat