Sekiranya kenderaan dilengkapi dengan brek ABS, sistem tersebut akan diaktifkan secara automatik apabila pedal brek ditekan
ABS tidak semestinya mengurangkan jarak berhenti tetapi kerana ia mengelakkan roda daripada terkunci, maka stereng dapat dikawal semasa keadaan kecemasan. Mengurangkan tekanan pada pedal brek akan mengurangkan keberkesanan sistem ini, maka pastikan pijak pedal brek sepanjang membrek dikekalkan
Walaupun sistem ABS dapat membantu untuk memberhentikan kenderaan dengan selamat. seorang pemandu tidak sepatutnya menggunakan kelebihan untuk memandu dengan bahaya. ABS tidak boleh melanggar hukum fizik. Terdapat kemungkinan salah satu tayar tergelincir atau skidding disebabkan oleh :
- Cengkaman tayar pada jalan tidak elok
- Permukaan jalan yang berair
- Permukaan jalan yang licin
ABS hanya dapat membantu pemandu membrek dengan selamat dan berkesan bukan untuk menambah cengkaman tayar pada permukaan jalan atau mengelakkan daripada kegelinciran. la tidak menghilangkan risiko kegelinciran hanya mengurangkannya.