1. Sekiranya pemandu menekan pedal brek, dan pedal brek terus menyentuh lantai pemandu perlu mengepam pedal brek beberapa kali. Tindakan ini kemungkinan dapat memulihkan tekanan brek. Sekiranya tekanan gagal dipulihkan dan jalan raya selamat, tarik brek tangan beransur-ansur untuk memperlahankan kenderaan.Tukar kepada gear rendah dengan menggunakan kuasa pemampatan enjin untuk memperlahankan kenderaan
2. Sekiranya brek gagal berfungsi ketika berada di atas bukit, bukit curam, atau kenderaan itu membahayakan pengguna jalan raya yang lain, tarik brek tangan beransur-ansur untuk memperlahankan kenderaan. Tukar kepada gear rendah dan cari tempat yang bersesuaian dan selamat untuk memberhentikan kenderaan