Walaupun pemandu sentiasa mengamalkan peraturan 12 saat sepanjang pemanduan, tetapi dalam keadaan yang tidak diduga pemandu akan menghadapi keadaan seperti secara tiba-tiba muncul kenderaan menuju ke arah kenderaan yang sedang dipandu. Pemandu tidak perlu panik sekiranya sentiasa bersedia dan mengetahui empat(4) peraturan untuk mengelakkan kemalangan daripada hadapan.
Melihat jalan di hadapan
Apabila melihat kenderaan daripada hadapan memasuki lorong, bunyikan hon atau kerdipkan lampu hadapan sebagai amaran
Bertindak dengan bergerak ke kiri
Sekiranya pemandu kenderaan di hadapan tidalk mengendahkan amaran yang diberi, tindakan seterusnya dengan mengamalkan rutin CITO untuk memastikan keadaan selamat sebelum bergerak ke kiri
Mengurangkan kelajuan
Lepaskan pedal pemecut, gunakan pedal brek secara efektif dan tukar gear daripada D ke 3 bagi membantu brek enjin jika perlu bagi mengurangkan kelajuan. Kawal stereng dengan kemas.
Memandu keluar daripada jalan raya
Amalkan rutin CITO semula dan bergerak ke kiri untuk keluar daripada situasi bahaya tersebut atau jalan raya bagi mengelakkan perlanggaran. Ini adalah merupakan satu langkah yang bijak untuk mengelakkan berlakunya kemalangan daripada hadapan, biarpun pemandu terpaksa berkorban sedikit demi menyelamatkan diri